Pages

Sunday, November 27, 2011

terima kasih...

sedang aku ketawa..
sebenarnya aku cuba untuk menutup luka di hati..


sedang aku senyum..
sebenarnya aku cuba untuk mencari kekuatan sekali lagi..


sedang aku termenung..
sewaktu itu..ku sedang cuba memujuk hati..


sebagai seorang insan biasa..
semestinya aku perlu lalui ujian dan dugaan..
orang lain pun begitu,kan..??
cuma..dimensi ujian yang diberikan pada mereka mungkin agak berlainan berbanding aku..
ertinya..bukan hanya aku sahaja yang sedang diuji..
maknanya..
bukan hanya aku seorang yang sedang berduka..
jadi aku pun harus kuat..
ya ALlah..Engkau ada untukku kan..??


ku cinta pada hamba2 mu..
mereka tidak dapat membalas cintaku seperti mana aku memberi cinta..
hati mereka terlalu rapuh..
sungguh senang berubah2..
hati ku pun begitu...mungkin..
kerana aku hanya manusia biasa..
yang sifat nya tidak kekal..
aku pun mungkin boleh berubah hati..
ku tidak pasti..
kerana aku tidak sempurna..


namun..
Engkau..
sungguh aku tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan rasa terima kasih..
aku selalu terleka dengan keindahan dunia..
acapkali pergi jauh meninggalkan Engkau..
untuk tuntutan dunia yg kejam ini..
ku turutkan rasa hati..
ku berlalu pergi..
jauh dariMu..


tapi...
Engkau...
tidak pernah meninggalkan aku..
Engkau sentiasa ada sewaktu aku memerlukan..
ketika aku benar2 jatuh dan putus asa untuk bangun lagi..
Engkau hadir dalam hati memberi secebis kekuatan..
supaya aku berani sekali lagi untuk berdiri dan meneruskan perjalanan..


di waktu ku tersungkur dan merayu bantuan..
tiada sesiapa disekelilingku yang dapat membantu supaya hati aku kembali cekal..
walau rakan2..mahupun kekasih..ataupun ibu bapa..
sememangnya sokongan dari mereka aku sangat hargai..
tapi..tidak sama rasanya seperti semangat yang Kau beri..
tidak sepanjang waktu mereka dapat mendengar keluhan dan tangisanku..
ya..
memang aku seorang yang lemah..
aku sentiasa perlukan seseorang disisiku..
tapi..tiada sesiapa yang sudi untuk mendengar keluh kesahku setiap saat..
tiada siapa..
hanya Engkau yang ada ketika itu..
walau secara zahir nya ku tidak dapat mendengar suaraMu berbicara denganku..
tapi...kelapangan hati yang Kau beri itu tiada nilainya..
sewaktu ku pejam mata..
ku dapat merasakan aku bukan keseorangan..
kalau dahulu..aku sungguh takut untuk bersendirian..
ku takut rasa sunyi..


tapi..ku seperti ketagih untuk bersendirian..
kerana..aku dapat merayu..
menangis dihadapanMU..
melepaskan segala beban yang membelenggu..


walau pun diri ini dipenuhi dengan dosa2..
Kau tetap disisiku..
ya ALlah.....
ku pohon padaMu..
jadikan aku wanita yang solehah..
anak yang membalas jasa ibu bapaku..
rakan dan sahabat yang baik..
jika ada takdirku untuk menjadi seorang isteri..
jadikan lah aku seorang isteri yang sentiasa menyenangkan hati suami..
dan kurniakan lah kepada aku sekeping hati yang ikhlas..
yang redha...yang beriman..
yang mencintaiMu lebih dari segala2 nya..
aku bukan manusia yang sempurna..
aku hanya mahu menjadi hamba yang taat dan tulus dalam melakukan setiap ibadah..
ya ALlah...
terima kasih kerana mempelihara diriku..
segala apa yang Kau tetapkan..
tersangat indah..
hubungan dengan orang yang ku sayangi..
sedikit sebanyak..
ianya dapat memelihara aku dari perkara yang Kau murkai..
besar hikmah nya..
perihal yang selebihnya..ku serahkan sepenuhnya padaMu..


terima kasih,ya Allah....