Pages

Showing posts with label aKu bErKaryA. Show all posts
Showing posts with label aKu bErKaryA. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

SEREDUP MENDUNG

    
     Saat-saat bahagia yang dulu nya mewarnai hidupku, kini menjadi peluru yang menikam hati ini. Sakit!! Hanya tuhan yang tahu. Wajahnya yang dahulu menjadi penghias tabir jiwa ini kini telah hilang. Cepatnya dia pergi .Belum puas aku mewarnai perjalanan hidup kami bersama-sama. Dia tiada. Tinggal aku sendiri menangis disini. Aku mengharap kepulangannya ke dalam dakapan ku semula. Tapi, ku tahu itu hanya mimpi di tengah hari. 


    Gambar di dalam bingkai itu ku tenung. Aku rindu untuk menatap wajahnya. Rindu mendengar sungutannya. Air mata menjadi teman setia. Sekelip mata ku lihat dia menghilang. Ingin ku kejar, tidak ku terdaya. Aku rindu!!. Terbayang redup matanya yang dahulu selalu merenungku ketika aku terlena. Mengelus lembut pipi ku. Terasa dia segala-galanya bagiku. 


    Perkahwinan yang baru berusia setahun itu berakhir dengan sebuah tragedi. Bagai halilintar menyambar jantung ini. Seakan-akan terhenti ianya berdegup ketika berita itu menyapa telinga ku. "Ina, Fazli kemalangan. Allah lebih sayangkan dia. Sabar ye, Ina.". Aku hanya memandang sepi wajah abang Hasan ketika dia menyampaikan berita itu. Aku tergamam. Tidak dapat memberi apa-apa tindak balas setelah mendengar perkhabaran itu.


    Menggigil seluruh tubuh. Tiba-tiba, kurasa kan dunia ku gelap. Ku cuba membuka mata. Ibu ada disampingku. "Ibu, mana abang? kenapa Ina ada kat sini?". Ku lihat mata ibu berair. Aku seperti tidak dapat mengingati apa yang berlaku. Aku cuba bangun, cuba merenung kembali apa yang terjadi. Mimpikah aku tadi? Ku renung sayu wajah ibu meminta penjelasan lagi. Aku takut!!


    Ibu memelukku sambil menangis. Itukah jawapan pada soalan ku? ya Allah,lemahnya kurasakan nadi ini berdenyut. Tidak ku sedar air mataku merembes laju. Ku pandang sekujur tubuh di ruang tamu rumah ibu. Ingin ku berdiri melangkah ke arahnya. Namun, aku terjatuh. Lemah longlai segala-galanya. Ibu memapah aku mendekati tubuh yang sedang berbaring itu. Ku buka kain batik yang membaluti jasad yang kaku itu. Aku terdiam.


    Ku alihkan pandangan ke arah ibu. Apa yang aku harapkan ketika itu ibu memberi aku secebis harapan dengan mengatakan bahawa yang terbaring itu bukan abang Fazli. Bukan suamiku. Namun, ibu hanya mampu menyapu air mataku dan memelukku. Hancur hati!! Seluruh jiwaku pergi bersama Fazli. Aku rebah disisinya. "Abang, kenapa abang tinggalkan Ina? Abang janji nak jaga Ina dengan bakal baby kita kan..? Kenapa abang tipu Ina??".


    Ku usap dan ku cium pipi nya buat kali terakhir. Sendu di hati tidak mahu reda. Aku derita!! Aku merana!!    Belum puas ku jaga makan minumnya. Belum puas aku bermanja dengannya. Belum puas melihat senyum tawanya. Belum puas menantinya di pintu rumah. Belum puas!! Dia pergi membawa hati ini. Tiada yang tertinggal lagi untukku. Ku peluk pusaranya. "Abang, Ina tak dapat teman abang lagi. Ina tak dapat selimutkan abang lagi. Ina rindu abang. Ina akan terus jaga abang melalui doa Ina."




     Fazli pergi meninggalkan aku satu anugerah. Cahaya mata hasil dari cinta kami. Akan ku teruskan kehidupan ku demi anugerah yang tidak ternilai ini. Selagi diizinkan tuhan, Ina akan teruskan hidup ini dengan kenangan kita. Tiada sesiapa yang boleh menggantikan tempat abang dihati Ina. Mungkin jarak antara dua dunia ini memisahkan kita, tapi dalam hati ini, cinta kita tidak akan terpisah. Lambat laun, Ina akan bertemu abang. Tidak lama kan??


    Abang...if i had one more day, i don't want to ask so many thing, i just want to see you. Just want to be with you even if the time given is only a day.






nukilan: by aku!!! tiada kaitan dengan sape2..








Tuesday, March 29, 2011

jangan kembali...

andai aku bisa putarkan detik-detik dahulu bersamamu..
ingin aku hentikan ianya disitu..
tidak ingin aku melihat ianya berlalu lantas meninggalkan ku..
sendirian disini menempuh ranjau yang berliku..


kenangan itu menjadi pengubat rindu..
tetapi,adakalanya ia menghiris kalbu..
sakitnya hanya tuhan yang tahu..
"mengapa perlu kau tinggalkan aku.."
kadang-kadang soalan ini yang bermain difikiranku..

aku tahu aku tidak sempurna..
tidak seperti insan yang kau damba..
tapi aku ada hati dan perasaan..
mengapa kau kejam pergi tanpa utusan..
tapi kini aku sudah mula melupakan..
segala perbuatan mu yang menyakitkan..

walau seteruk mana kau mainkan hati ini..
tapi..tidak pernah aku membenci..
tidak pernah jua aku harapkan kau kembali..
untuk menyatu dua hati..
tidak mungkin ku terima lagi..
walaupun kini kau datang menyembah ke kaki..

sayang..ku pinta padamu supaya jangan bermain dengan api...
aku bukan tempat untuk kau datang dan pergi..
kerana ku tidak tahu cara untuk menipu naluri..
jika ku kata cinta..itu datangnya dari lubuk hati..
ku tahu kau lebih kenal hati budi ini..

jangan kau datang lagi..
tolong pergi..
aku sakit begini.. 
apabila kau meminta kita menggubah kenangan untuk kali kedua.
tidak mungkin...
walaupun aku hidup dengan memori yang ada..
tapi..cinta dari hati ini bukan lagi milikmu..
maafkan aku..
cukup sampai disini..
aku tidak mampu menerimamu lagi..

sayang..jangan kau resah..
segala salah silapmu telah aku maafkan..
maafkan aku jua..
tetap ada kekhilafan dari diri ini..
tapi..tolong pergi..
jangan datang merayu lagi..
pintu-pintu hati sudah tertutup rapat buatmu..

aku lebih rela hidup sendiri..
daripada hatiku dilukakan berkali-kali..
sayang..sememangnya tiada jodoh antara kita..
harap kau terima ianya dengan hati yang terbuka..

sekadar nukilan...




Friday, March 11, 2011

nukilan...



kedinginan malam itu membuat aku terjaga dari lena..
ku pandang sekeliling..
semuanya seperti biasa..
hanya satu yang berbeza...
hati....
sungguh sunyi kurasakan..
seperti hanya aku yang menjadi penghuni dunia..
air mata merembes keluar dengan lajunya..
'astaghafirullah...kenapa ni..'
hatiku mengeluh...


aku keluar menghala ke balkoni..
ku renung langit yang hitam..
kenderaan di atas jalan raya yang kian sedikit..
ku jeling ke arah jam..
"baru jam 3 pagi"


aku termenung sendiri bertemankan hati yang sunyi..
menatap keindahan malam dihadapanku..
angin meniup menyentuh pipiku..
air mata mengalir deras...


hati seperti diragut..
sakitnya tidak terhingga..
ku pejamkan mata..
ya Allah...
ku jauh dari Mu..
di dalam benak fikiran..ku terbayang..
Kau sedang memerhatiku..
sedang melihatku di dalam keperitan..


hanya Kau yang tahu...
ya Allah...
ampuni aku..
jauh aku berjalan tanpa menghiraukanMU..
sedangkan..aku yang memerlukan bimbinganMu..
bukan Kau yang memerlukan aku..
kenapa aku begitu alpa..
aku begitu leka.
bergelak ketawa..
tidak ku beri nurani ini santapan yang sepatutnya..


ya Allah..tidak pernah aku salahkan takdirMu untukku..
kerana ku tahu Kau Maha Adil dan Maha Penyayang..
yang berdosa itu aku..
hanyut di dalam gelak tawaku sendiri..
ya Allah..
ku tahu ku tidak punya apa-apa..
yang layak memiliki itu adalah Engkau..
aku..??
hanya seorang hamba..
hamba yang mengharapkan kasih sayang dan belas kasihan dariMu..


ya ALlah..
kadang-kadang..aku tewas jua melawan hati yang memberontak ini..
pernah juga bersedih atas ketentuanMu..
ampunkan aku..
ku tahu ku tidak layak rasa begitu..
kerana aku hanya seorang manusia..


ya ALlah..
jika Kau ingin ambil segala-gala padaku..
ambil lah..
tapi..ku pohon..
tinggalkan satu perkara padaku..
tinggalkan aku sekeping hati yang ingin mencintaiMu..
berikan hati ini hadiah..iaitu..
sebuah hati yang redha..
sebuah hati yang ikhlas..
ikhlas dalam setiap perkara..
ikhlas menyayangi saudara-saudaraku..rakan-rakanku..


ku tahu sunyi nya hati ini bukan kerana aku tidak berteman..
bukan kerana aku tidak punya kekasih..
tapi..kerana aku jauh dariMu..


ya Allah..jika aku cinta padaMU..
ku tahu..
ku tidak akan kecewa kerana..
cinta padaMU itu lah kunci segala kebahagiaan..


ya ALlah..
terima kasih kerana telah banyak memberi ku nikmat yang kadang-kadang lupa untuk aku syukuri..
ya Allah...
ku sujud padaMU..
rapat ku sembahkan dahi ini kebawah..
ya...
aku sungguh kerdil..
ku sembahkan segala pengharapan kepadaMU..
ku adukan kepedihan ini dalam senduku..




benar-benar aku lega..
terima kasih ya Allah..


ku biarkan air mata kering sendiri..
lalu aku tersenyum lagi...
bersedia untuk menghadapi dugaan di kemudian hari..
ya..aku tidak perlu risau..
Engkau ada untukku..


ya Allah..
ku pohon padaMu..
sentuhlah hati mereka yang aku sayangi dan aku cintai agar mereka pun merasakan cinta padaMu itu adalah cinta hakiki..
peliharalah semua insan-insan disampingku..
terima kasih kerana menemukan aku dengan mereka..
mereka yang kadang-kadang mebuatku ketawa..
kadang-kadang membuatku berduka..
tapi..
ku tahu..hati ini..
sungguh ikhlas menyayangi dalam setiap hembusan nafasku..


pada insan yang pernah bertakhta sebagai kekasih di hatiku..
walau pun dikau pernah melukakanku dan pernah tersimpan dendam dihati ini sewaktu dahulu..
tapi..sekarang..
semuanya telah aku lupakan..
kerana..
itu semua ketentuan..
aku redha..


ada satu pepatah yang akan ku pegang sampai mati..
"cinta itu bukan bermaksud memiliki"..




salam sayang dari aku..
seorang pencinta hati..
seorang insan yang berdiri di atas belas kasihan tuhan..


lots of love..
lia...



Monday, December 20, 2010

warkah untuk ibu...


ibu...
engkau berada disisiku walaupun aku belum dilahirkan..
penat..sakit..sewaktu aku masih didalam kandunganmu..
tp..itu tidak menjadi keluhan buatmu..

ibu...
aku tahu..kesusahanmu menjadi ibu..
jika ada harta satu dunia pun..
belum tentu aku dapat membayar segala pengorbanan yang engkau lakukan..

ibu...
bersusah payah engkau membesarkan aku..
memberi pelajaran
memberi keselesaan..

sungguh tidak terbalas segala2 nya..



ibu..
sewaktu aku kecil..
engkau suapkan aku..
tatihkan aku..
dan bila aku menangis..
engkau datang memelukku...
memujukku..
henti tangisan ku dalam pelukan kasih sayangmu...

ibu..
kini aku sudah dewasa..
aku lbh suka melakukan sessuatu dgn sendiri..
tapi..
itu tidak bermakna aku tidak memerlukanmu..

kadang2..ada perkara yg tidak dapat aku ceritakan padamu..
tp..itu tidak bermakna aku tingin membelakangkn mu..
aku cuma tidak ingin kau bersusah hati..

ibu...
maafkan aku jika aku pernah melukakan hatimu..
tidak ku berniat begitu...

ibu..engkau insan yg paling aku sayang..
dan..paling aku perlukan..
doamu..dalam setiap perjalanan hidupku sgt kudambakan..

ibu..
restui aku..
kerana restumu..
boleh membahagiakan ku..

ibu...
walau apa pun yang terjadi..
aku tetap bangga engkau adalah ibuku..
terima kasih kerana melahirkan aku..

sayang ibu...

Sunday, August 15, 2010

IANYA SANGAT INDAH...

indahnya keperitan...
indahnya penderitaan..
indahnya dugaan..
indahnya kesusahan..
indahnya setiap kejadian...
ya..indah sungguh kurniaan tuhan...

kerana dulu...
pernah aku mengeluh kerana keperitan..
pernah aku menangis kerana dugaan...
pernah aku menyesal kerana kesusahan..
pernah aku mempersoalkan kejadian...

namun...aku terlupa..
kerana keperitan itu aku belajar...
kerana dugaan itu aku sedar..
kerana kesusahan itu aku bangun dari lena..
kerana setiap kejadianMu itu tidak pernah sia-sia..

kini..
aku lebih rela melalui keperitan..
lebih rela diduga..
lebih rela ku harung kesusahan..
lebih rela merasa derita..
sekiranya itu menjadikan aku tidak pernah leka dari mengingatiMu..

sesungguhnya..Engkau maha penyayang...
walau adakalanya aku terleka..
Kau tidak pernah lupa..
tatkala aku alpa..
Kau berikan aku cahaya..

ya..aku hanya insan biasa..
terlalu banyak kelemahan..
terlalu banyak kekurangan..
sedarkanlah aku ketika aku terlupa..
bangunkan aku ketika aku terlena..

ya Allah..takdirkan kepadaku pembimbing supaya aku dekat denganMu..
temukan aku dengan insan yang sentiasa mengingatkanku kepadaMu...
jodohkan aku dengan insan yang jua mencintaiMu..


ya Allah..jadikan aku hamba yang redha..
jadikan aku hamba yang pasrah..
jadikan aku hamba yang sabar..

kerana..setiap segalanya ada tersimpan hikmah..
sejauh mana aku pergi..
dekatkan aku kembali...
setinggi mana aku terbang..
ingatkan aku kepada sarangku..
kerana..aku tidak mahu terleka selama-lamanya..

Wednesday, August 11, 2010

~~AKU PERLUKAN CINTAMU~~

Hati ini sunyi..
Hati kosong..
Hati ini sayu..
Hati ini gelisah..
Hati ini gundah..
Kerana..aku perlukan cintaMu..
Wahai pemilik cinta..pemilik jiwa..
Dengarlah hati ini merayu..
Gapailah lambaianku sewaktu aku tenggelam dalam keindahan syurga sementaraMu..
Tariklah aku ketika aku tergelincir dari landasan imanku..
Temani hatiku apabila aku sedang ketawa atau berduka..
Peluklah aku ketika aku sedang bersujud padaMu..
Supaya aku dapat merasakan kehadiranMu di setiap aliran darahku..
Supaya aku tidak pernah lupa bahawa Engkau sentiasa ada untukku..
Supaya aku tidak pernah terleka setiap kali kebahagian itu datang padaku..
Wahai tuhan..ampuni aku..
Kerana adakalanya aku terleka..aku terlupa bahawa Engkau tidak pernah meniggalkan aku walau sedetik..
Ya Allah..kurniakan padaku cinta..
Cinta kepadaMu..kerana aku memerlukan cintaMu..
Aku hanya hamba yang mendambakan belaian rohani dariMu..


Wednesday, August 4, 2010

AKU BENCI!!!!!!!!

Aku benci apabila kau ucapkan cinta
Aku benci apabila kau kata kau rindu
Aku benci apabila kau bersumpah setia
Aku benci apabila kau taburkan janji-janji indah
Aku benci apabila kau memberikan aku harapan
Aku benci apabila kau memujuk ku sewaktu aku menangis
Kerana aku tahu dan kau pun tahu
Bahawa segala-galanya adalah penipuan
Sebanyak mana aku membenci perlakuanmu,
Sebanyak itu lah aku merana kerana penipuanmu.
Jangan kau berpura-pura mencinta jika di dalam hatimu tiada aku
Jangan kau berpura-pura merindu jika di dalam jiwamu tiada aku
Jangan kau mudah menjanjikan sesuatu padahal kau tahu kau tidak mampu
Jangan kau bersumpah kerana sumpah itu akan memakanmu
Jangan memujukku menangis kerana kau tidak akan faham deritaku
Kerana kau tidak tahu apa yang aku tahu
Kau tidak tahu apa itu cinta
Kau tidak tahu apa makna kejujuran dan kesetiaan
Dan juga kau tidak tahu apa itu keikhlasan.

Monday, July 5, 2010

listen to the sound of my heart..


if i could hold your hand close to my arm..
i will grip it tightly..

if i could give my love to you..
i will always make you feel the warmth of my heart beat..

if i could touch your heart..
i will make you see that i'm so much in love with you..

if i could spent my life with you..
i will paint our journey brightly..

if i could tell how much i miss u..
i'll cry on your shoulder to make you feel how those feeling hurt me.

you didn't know that because you are too far from me..
and you never give me the chance to travel into your soul..

if i could....
but i'm just afraid of loosing you..
and i just keep those feeling to my self..

dear..
maybe you don't realize how deep my love is..
i don't know how to make you understand how much i need you.
for once..i just want you to listen to the sound of my heart.
then tell me how terrible it beat..





notes: i wrote it myself...hehehe..pandai kn..??

Tuesday, June 22, 2010

kejahatan itu bukan satu kebetulan

Wahai diri… ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ’peringatan’ yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani.
Itu petanda yang hatimu masih hidup.
Penyesalan itukan syarat taubat? Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu.
Bertaubatlah kembali.
Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada saranan untuk kembali kepada Allah.
Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.

Wahai diri, ingatlah… sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan.
Berhati-hatilah menjaga hati.
Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa… tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

p/s: ni aku dpt dari notes aliah afzan...hehehehe..