Pages

Saturday, October 15, 2011

keindahan yang tidak terungkap..


indah nian mentari tenggelam di ufuk barat..
kulihat buih-buih ombak menari di gigi pantai..
sayup-sayup terpandang anak kapal dari kejauhan..
tersentuh hatiku melihat keindahan yang dicipta tuhan..
manik-manik putih jernih menitis dari kelopak mataku..

ya..indah benar ciptaanNya..
seindah perjalanan hidupku..
berkali-kali aku tersadung..terjatuh..tersungkur..
dan Dia juga yang membantu aku untuk bangun semula..
supaya aku terus mara kehadapan..
lalu ku pelajari cara untuk berjalan agar aku tidak mudah jatuh dan tersungkur..
Dia menjadikan aku tahu dimana tempat untuk aku meminta rawatan apabila aku cedera...
supaya aku lekas sembuh dari kesakitan itu..
sungguh sayang Engkau padaku..
terima kasih tuhan..

maafkan aku,tuhan..
adakalanya..
aku mengeluh....
mengeluh dengan kesakitan yang tidak putus-putus..
sehingga waktu itu..
aku tidak nampak perkara lain selain dari kesakitan-kesakitan yang Kau berikan..
hampir aku putus asa...
maafkan aku..
sedangkan,kesakitan itu lah yang menjadikan aku menadah tangan meminta simpatiMU..
sehingga terasa diri ini sebenarnya tidak punya apa-apa..
kerana segala-galanya adalah milikMu..
aku hanya seorang hamba yang sepatutnya tunduk dan akur..

terima kasih ya ALlah..
jika tidak kerana kesakitan itu..
mungkin aku terlalu berdiri di atas usahaku sehingga aku lupa untuk bertawakal kepadaMu..
kerana..tidak akan berlaku sesuatu perkara itu jika bukan dengan izinMu..
jika tidak kerana kekecewaan itu..
mungkin aku terlalu lalai dengan bergelak ketawa sehingga aku lupa untuk bersujud padaMu..

ya ALlah..
aku ini...seorang hamba yang selalu mungkir janjiku padaMu..
hanya Engkau yang tahu perkara yang tersirat di lubuk hati ini..
ampunkan aku..maafkan aku...

ya Allah..jika esok aku masih berpeluang untuk melihat desiran ombak sekali lagi..
sentuhi hati ini sekali lagi dengan kebesaranMu..
dan ku rayu padaMu...
jangan tinggalkan aku..............