Pages

Sunday, July 17, 2011

lepaskan....

lepaskan...
perkara yang paling susah adalah untuk melepaskan apa yang ada dalam genggaman..
cinta tu..ibarat menggenggam mawar berduri..
haruman nya dapat dihidu..
tapi...mampu melukakan tangan..
nak dilepaskan..sayang..


semarakkan..
mawar berduri itu adalah hubungan cinta yang terjalin antara dua jiwa..
jika mawar ini tidak disiram..
pasti akan layu..
begitu juga cinta..
jika tidak dihangatkan...
pasti akan suram..pasti akan kusam...


faham...
memahami itu dapat membajai bunga cinta agar mekar..
tetapi..jangan kamu hanya pinta untuk difahami..
cuba lah juga untuk memahami..


ruang..
berikan ruang yang cukup agar taman cinta itu selesa..
tenang dan nyaman..
hargai ruang yang diberi..
bukan untuk kamu mengambil kesempatan keatasnya..
sekali taman cinta itu dirosakkan..
perlukan masa untuk membina nya semula..


marah..
api yang paling panas adalah marah..
ketika marah..diamlah kamu untuk sementara waktu..
kerana..dari api yang marak itu...
jika disimbah lagi minyak tanah..
pasti akan mengundang kecelakaan..
tidak salah jika kamu mengambil masa untuk bertenang jika merasa marah sebelum memulakan perbincangan..
kerana..sewaktu marah..
tiada perkara yang lebih rasional yang dapat kamu fikir kecuali memaki hamun..


sedia..
dalam cinta..
terlalu banyak kemungkinan yang tidak dapat kamu jangka..
jadi..
apa pun yang terjadi..
sedia menerima nya..kerana..
segala-galanya tidak akan berlaku secara sia-sia..


noted: born to understand not to be understood..

0 orang joint lia membebel: