Pages

Thursday, September 1, 2011

kedamaian itu..

hati gelora bak dilambung ombak..
terkadang tidak sanggup menahan sebak..
apabila hati sentiasa bergejolak..


ya Allah..
aku hanya hamba yang tidak mampu melawan takdirMu..
ku pinta kau selitkan sedikit kekuatan dijiwaku..
menerima segala ketentuan yang Kau gariskan untukku..


doa penenang hati...



Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan


dan di tempat ketakutan dgn keamanan



Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap


merasa mengantuk yg memberi ketenangan,



dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,


dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir



Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU



Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina...



Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku...



Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu



Engkaulah pemelihara ku….


sebaik2 pelindung dan penolong…



0 orang joint lia membebel: