Pages

Tuesday, June 22, 2010

kejahatan itu bukan satu kebetulan

Wahai diri… ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ’peringatan’ yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani.
Itu petanda yang hatimu masih hidup.
Penyesalan itukan syarat taubat? Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu.
Bertaubatlah kembali.
Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada saranan untuk kembali kepada Allah.
Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.

Wahai diri, ingatlah… sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan.
Berhati-hatilah menjaga hati.
Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa… tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

p/s: ni aku dpt dari notes aliah afzan...hehehehe..

0 orang joint lia membebel: