skip to main |
skip to sidebar
Saat-saat bahagia yang dulu nya mewarnai hidupku, kini menjadi peluru yang menikam hati ini. Sakit!! Hanya tuhan yang tahu. Wajahnya yang dahulu menjadi penghias tabir jiwa ini kini telah hilang. Cepatnya dia pergi .Belum puas aku mewarnai perjalanan hidup kami bersama-sama. Dia tiada. Tinggal aku sendiri menangis disini. Aku mengharap kepulangannya ke dalam dakapan ku semula. Tapi, ku tahu itu hanya mimpi di tengah hari.
Gambar di dalam bingkai itu ku tenung. Aku rindu untuk menatap wajahnya. Rindu mendengar sungutannya. Air mata menjadi teman setia. Sekelip mata ku lihat dia menghilang. Ingin ku kejar, tidak ku terdaya. Aku rindu!!. Terbayang redup matanya yang dahulu selalu merenungku ketika aku terlena. Mengelus lembut pipi ku. Terasa dia segala-galanya bagiku.
Perkahwinan yang baru berusia setahun itu berakhir dengan sebuah tragedi. Bagai halilintar menyambar jantung ini. Seakan-akan terhenti ianya berdegup ketika berita itu menyapa telinga ku. "Ina, Fazli kemalangan. Allah lebih sayangkan dia. Sabar ye, Ina.". Aku hanya memandang sepi wajah abang Hasan ketika dia menyampaikan berita itu. Aku tergamam. Tidak dapat memberi apa-apa tindak balas setelah mendengar perkhabaran itu.
Menggigil seluruh tubuh. Tiba-tiba, kurasa kan dunia ku gelap. Ku cuba membuka mata. Ibu ada disampingku. "Ibu, mana abang? kenapa Ina ada kat sini?". Ku lihat mata ibu berair. Aku seperti tidak dapat mengingati apa yang berlaku. Aku cuba bangun, cuba merenung kembali apa yang terjadi. Mimpikah aku tadi? Ku renung sayu wajah ibu meminta penjelasan lagi. Aku takut!!
Ibu memelukku sambil menangis. Itukah jawapan pada soalan ku? ya Allah,lemahnya kurasakan nadi ini berdenyut. Tidak ku sedar air mataku merembes laju. Ku pandang sekujur tubuh di ruang tamu rumah ibu. Ingin ku berdiri melangkah ke arahnya. Namun, aku terjatuh. Lemah longlai segala-galanya. Ibu memapah aku mendekati tubuh yang sedang berbaring itu. Ku buka kain batik yang membaluti jasad yang kaku itu. Aku terdiam.
Ku alihkan pandangan ke arah ibu. Apa yang aku harapkan ketika itu ibu memberi aku secebis harapan dengan mengatakan bahawa yang terbaring itu bukan abang Fazli. Bukan suamiku. Namun, ibu hanya mampu menyapu air mataku dan memelukku. Hancur hati!! Seluruh jiwaku pergi bersama Fazli. Aku rebah disisinya. "Abang, kenapa abang tinggalkan Ina? Abang janji nak jaga Ina dengan bakal baby kita kan..? Kenapa abang tipu Ina??".
Ku usap dan ku cium pipi nya buat kali terakhir. Sendu di hati tidak mahu reda. Aku derita!! Aku merana!! Belum puas ku jaga makan minumnya. Belum puas aku bermanja dengannya. Belum puas melihat senyum tawanya. Belum puas menantinya di pintu rumah. Belum puas!! Dia pergi membawa hati ini. Tiada yang tertinggal lagi untukku. Ku peluk pusaranya. "Abang, Ina tak dapat teman abang lagi. Ina tak dapat selimutkan abang lagi. Ina rindu abang. Ina akan terus jaga abang melalui doa Ina."
Fazli pergi meninggalkan aku satu anugerah. Cahaya mata hasil dari cinta kami. Akan ku teruskan kehidupan ku demi anugerah yang tidak ternilai ini. Selagi diizinkan tuhan, Ina akan teruskan hidup ini dengan kenangan kita. Tiada sesiapa yang boleh menggantikan tempat abang dihati Ina. Mungkin jarak antara dua dunia ini memisahkan kita, tapi dalam hati ini, cinta kita tidak akan terpisah. Lambat laun, Ina akan bertemu abang. Tidak lama kan??
Abang...if i had one more day, i don't want to ask so many thing, i just want to see you. Just want to be with you even if the time given is only a day.
nukilan: by aku!!! tiada kaitan dengan sape2..
4 orang joint lia membebel:
sobbb....~_~
hukhukhuk ~~~~
ni kisah benar ke atau rekaan?...ada kesan lah...mata saya dah rasa pedih ni...
huhuhu..ini rekaan semata2...sye belum lah berkahwin lagi..cume imiginasi aje..
Post a Comment