pandangan ku lemparkan ke luar jendela..
melihat kesibukan manusia yang mundar mandir menyusun perjalanan hidup mereka..
namun..aku masih disini..
mengharap suatu sinar singgah dihati..
kuukir senyuman..
begitu indah ciptaan tuhan...
mencipta berbagai jenis buku kehidupan..
bagi beribu-ribu insan..
termasuk aku..
yang mempunyai corak kehidupan yang penuh liku..
sakit..bahagia..kecewa..
menangis dan ketawa..
seiring..sejalan..bersama sentiasa..
fitrah setiap hati..
tidak mahu merasa sunyi..
seringkali tercari-cari teman sejati..
jatuh tersungkur bangun sendiri..
titisan permata gugur dipipi..
tertanya-tanya kenapa sunyi masih terjadi..
pemilik hati yang sebenar hanya memerhati...
bagaimana hambaNya menagih simpati..
merayu-rayu kepada manusia yang bisa mungkir janji..
sentiasa menanti bila kah hambaNya ingin kembali..
kembali padaNya yang tidak mungkin menyakiti..
serta memohon dengan seikhlas hati..
sehingga ketenangan itu menjengah nanti..
wahai hati..
Allah tidak pernah berjanji bahawa hidup itu mudah..
tidak pernah berjanji bahawa kekecewaan itu tidak akan menjengah..
tidak pernah berjanji bahawa langit kan sentiasa cerah..
namun....Allah berjanji untuk sentiasa berada disisi..
kerana itu yang pasti..
setiap liku-liku dan ranjau berduri disepanjang perjalanan kehidupan itu terselit sebuah kemanisan..
kerana kesakitan dan kekecewaan itu membawa kita lebih dekat dengan tuhan..
wahai tuhan..
tidak mengapa lah jika aku perlu menghadapi hidup berseorangan..
cuma ku pinta padaMu..
jangan aku Kau tinggalkan..
berikan aku hati yang redha..
untuk menerima segala ketentuan..
jangan biarkan aku putus harapan..
selitkan dijiwa ku dengan keindahan iman..
supaya aku bisa menjadi hambaMu yang mempunyai pegangan..
yang tidak mengeluh dengan takdir kehidupan..
Cool?
3 years ago
0 orang joint lia membebel:
Post a Comment