skip to main |
skip to sidebar
kedinginan malam itu membuat aku terjaga dari lena..
ku pandang sekeliling..
semuanya seperti biasa..
hanya satu yang berbeza...
hati....
sungguh sunyi kurasakan..
seperti hanya aku yang menjadi penghuni dunia..
air mata merembes keluar dengan lajunya..
'astaghafirullah...kenapa ni..'
hatiku mengeluh...
aku keluar menghala ke balkoni..
ku renung langit yang hitam..
kenderaan di atas jalan raya yang kian sedikit..
ku jeling ke arah jam..
"baru jam 3 pagi"
aku termenung sendiri bertemankan hati yang sunyi..
menatap keindahan malam dihadapanku..
angin meniup menyentuh pipiku..
air mata mengalir deras...
hati seperti diragut..
sakitnya tidak terhingga..
ku pejamkan mata..
ya Allah...
ku jauh dari Mu..
di dalam benak fikiran..ku terbayang..
Kau sedang memerhatiku..
sedang melihatku di dalam keperitan..
hanya Kau yang tahu...
ya Allah...
ampuni aku..
jauh aku berjalan tanpa menghiraukanMU..
sedangkan..aku yang memerlukan bimbinganMu..
bukan Kau yang memerlukan aku..
kenapa aku begitu alpa..
aku begitu leka.
bergelak ketawa..
tidak ku beri nurani ini santapan yang sepatutnya..
ya Allah..tidak pernah aku salahkan takdirMu untukku..
kerana ku tahu Kau Maha Adil dan Maha Penyayang..
yang berdosa itu aku..
hanyut di dalam gelak tawaku sendiri..
ya Allah..
ku tahu ku tidak punya apa-apa..
yang layak memiliki itu adalah Engkau..
aku..??
hanya seorang hamba..
hamba yang mengharapkan kasih sayang dan belas kasihan dariMu..
ya ALlah..
kadang-kadang..aku tewas jua melawan hati yang memberontak ini..
pernah juga bersedih atas ketentuanMu..
ampunkan aku..
ku tahu ku tidak layak rasa begitu..
kerana aku hanya seorang manusia..
ya ALlah..
jika Kau ingin ambil segala-gala padaku..
ambil lah..
tapi..ku pohon..
tinggalkan satu perkara padaku..
tinggalkan aku sekeping hati yang ingin mencintaiMu..
berikan hati ini hadiah..iaitu..
sebuah hati yang redha..
sebuah hati yang ikhlas..
ikhlas dalam setiap perkara..
ikhlas menyayangi saudara-saudaraku..rakan-rakanku..
ku tahu sunyi nya hati ini bukan kerana aku tidak berteman..
bukan kerana aku tidak punya kekasih..
tapi..kerana aku jauh dariMu..
ya Allah..jika aku cinta padaMU..
ku tahu..
ku tidak akan kecewa kerana..
cinta padaMU itu lah kunci segala kebahagiaan..
ya ALlah..
terima kasih kerana telah banyak memberi ku nikmat yang kadang-kadang lupa untuk aku syukuri..
ya Allah...
ku sujud padaMU..
rapat ku sembahkan dahi ini kebawah..
ya...
aku sungguh kerdil..
ku sembahkan segala pengharapan kepadaMU..
ku adukan kepedihan ini dalam senduku..
benar-benar aku lega..
terima kasih ya Allah..
ku biarkan air mata kering sendiri..
lalu aku tersenyum lagi...
bersedia untuk menghadapi dugaan di kemudian hari..
ya..aku tidak perlu risau..
Engkau ada untukku..
ya Allah..
ku pohon padaMu..
sentuhlah hati mereka yang aku sayangi dan aku cintai agar mereka pun merasakan cinta padaMu itu adalah cinta hakiki..
peliharalah semua insan-insan disampingku..
terima kasih kerana menemukan aku dengan mereka..
mereka yang kadang-kadang mebuatku ketawa..
kadang-kadang membuatku berduka..
tapi..
ku tahu..hati ini..
sungguh ikhlas menyayangi dalam setiap hembusan nafasku..
pada insan yang pernah bertakhta sebagai kekasih di hatiku..
walau pun dikau pernah melukakanku dan pernah tersimpan dendam dihati ini sewaktu dahulu..
tapi..sekarang..
semuanya telah aku lupakan..
kerana..
itu semua ketentuan..
aku redha..
ada satu pepatah yang akan ku pegang sampai mati..
"cinta itu bukan bermaksud memiliki"..
salam sayang dari aku..
seorang pencinta hati..
seorang insan yang berdiri di atas belas kasihan tuhan..
lots of love..
lia...
0 orang joint lia membebel:
Post a Comment