Pages

Wednesday, August 4, 2010

AKU BENCI!!!!!!!!

Aku benci apabila kau ucapkan cinta
Aku benci apabila kau kata kau rindu
Aku benci apabila kau bersumpah setia
Aku benci apabila kau taburkan janji-janji indah
Aku benci apabila kau memberikan aku harapan
Aku benci apabila kau memujuk ku sewaktu aku menangis
Kerana aku tahu dan kau pun tahu
Bahawa segala-galanya adalah penipuan
Sebanyak mana aku membenci perlakuanmu,
Sebanyak itu lah aku merana kerana penipuanmu.
Jangan kau berpura-pura mencinta jika di dalam hatimu tiada aku
Jangan kau berpura-pura merindu jika di dalam jiwamu tiada aku
Jangan kau mudah menjanjikan sesuatu padahal kau tahu kau tidak mampu
Jangan kau bersumpah kerana sumpah itu akan memakanmu
Jangan memujukku menangis kerana kau tidak akan faham deritaku
Kerana kau tidak tahu apa yang aku tahu
Kau tidak tahu apa itu cinta
Kau tidak tahu apa makna kejujuran dan kesetiaan
Dan juga kau tidak tahu apa itu keikhlasan.

0 orang joint lia membebel: