Pages

Wednesday, August 11, 2010

~~AKU PERLUKAN CINTAMU~~

Hati ini sunyi..
Hati kosong..
Hati ini sayu..
Hati ini gelisah..
Hati ini gundah..
Kerana..aku perlukan cintaMu..
Wahai pemilik cinta..pemilik jiwa..
Dengarlah hati ini merayu..
Gapailah lambaianku sewaktu aku tenggelam dalam keindahan syurga sementaraMu..
Tariklah aku ketika aku tergelincir dari landasan imanku..
Temani hatiku apabila aku sedang ketawa atau berduka..
Peluklah aku ketika aku sedang bersujud padaMu..
Supaya aku dapat merasakan kehadiranMu di setiap aliran darahku..
Supaya aku tidak pernah lupa bahawa Engkau sentiasa ada untukku..
Supaya aku tidak pernah terleka setiap kali kebahagian itu datang padaku..
Wahai tuhan..ampuni aku..
Kerana adakalanya aku terleka..aku terlupa bahawa Engkau tidak pernah meniggalkan aku walau sedetik..
Ya Allah..kurniakan padaku cinta..
Cinta kepadaMu..kerana aku memerlukan cintaMu..
Aku hanya hamba yang mendambakan belaian rohani dariMu..


2 orang joint lia membebel:

♥ ely nadiah ♥ said...

Dear....sanggat like!!!

Pemilik hati ini hanya satu...Allah itu satu,
Kerana Dia yang tahu,
Dia yang sayang,
Dia yang mencipta.....

cik lia ye said...

ely..btol3...hanya tuhan yg tahu apa yg ada dlm hati hmba2 Nya yg mana kdg2 hamba itu sndri xtau ape yg ada di hatinya...
hukhukhuk..sebak...