Pages

Sunday, August 15, 2010

IANYA SANGAT INDAH...

indahnya keperitan...
indahnya penderitaan..
indahnya dugaan..
indahnya kesusahan..
indahnya setiap kejadian...
ya..indah sungguh kurniaan tuhan...

kerana dulu...
pernah aku mengeluh kerana keperitan..
pernah aku menangis kerana dugaan...
pernah aku menyesal kerana kesusahan..
pernah aku mempersoalkan kejadian...

namun...aku terlupa..
kerana keperitan itu aku belajar...
kerana dugaan itu aku sedar..
kerana kesusahan itu aku bangun dari lena..
kerana setiap kejadianMu itu tidak pernah sia-sia..

kini..
aku lebih rela melalui keperitan..
lebih rela diduga..
lebih rela ku harung kesusahan..
lebih rela merasa derita..
sekiranya itu menjadikan aku tidak pernah leka dari mengingatiMu..

sesungguhnya..Engkau maha penyayang...
walau adakalanya aku terleka..
Kau tidak pernah lupa..
tatkala aku alpa..
Kau berikan aku cahaya..

ya..aku hanya insan biasa..
terlalu banyak kelemahan..
terlalu banyak kekurangan..
sedarkanlah aku ketika aku terlupa..
bangunkan aku ketika aku terlena..

ya Allah..takdirkan kepadaku pembimbing supaya aku dekat denganMu..
temukan aku dengan insan yang sentiasa mengingatkanku kepadaMu...
jodohkan aku dengan insan yang jua mencintaiMu..


ya Allah..jadikan aku hamba yang redha..
jadikan aku hamba yang pasrah..
jadikan aku hamba yang sabar..

kerana..setiap segalanya ada tersimpan hikmah..
sejauh mana aku pergi..
dekatkan aku kembali...
setinggi mana aku terbang..
ingatkan aku kepada sarangku..
kerana..aku tidak mahu terleka selama-lamanya..

0 orang joint lia membebel: